Monday, August 3, 2009



Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMK Guntong 2009

SMK Guntong telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Tahun 2009 pada 30 Julai 2009 hingga 1 Ogos yang lalu di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Seramai 200 orang pelajar dan guru mengikut perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa perkhemahan ini.

Turut bekerjasama menjayakan perkhemahan ini ialah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Setiu (Rakan Muda Kecergasan) dan Pertahanan Awam Malaysia.

Perasmian penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail.

No comments:

Post a Comment