Friday, August 7, 2009

Aktiviti Badan Kerohanian "Qur'anic Paradigm" Program Ziarah Masjid dan Surau
Lokasi : Masjid Kg. Guntong Luar

Menjamu selera 'pulut durian'

Salam dihulur pengerat silaturrahin warga SMK Guntong dan Masyarakat

Ucapan Pengetua SMK Guntong, Haji Romeli B. Ismail

Penyampaian Slip Peperiksaan OTI 2 kepada ibu bapa pelajar

Bacaan Yaassiin

Ahlan Wasahlan Marhaban Bikum
Perkarangan Masjid Guntong Luar, Setiu

Aktiviti Badan Kerohanian
"Qur'anic Paradigm"
Program Ziarah Masjid dan Surau
Lokasi : Masjid Kg. Guntong Luar

Program Qur'anic Paradigm" Ziarah Masjid dan Surau SMK Guntong diteruskan pada 6 Ogos 2009. Lokasi yang dikunjungi ialah Masjid Kampung Guntong Luar, Setiu.

Program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim warga SMK Guntong dengan ibu bapa dan masyarakat setempat ini diketuai oleh Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail. Lebih 100 ibu bapa dan pelajar hadir menjayakan program ini.
Pengisian program :

7.00 malam
Ketibaan Ibu Bapa, Pelajar, Jemaah Masjid
Ketibaan Pengetua, Guru dan Staff SMK Guntong

7.30 malam
Solat Maghrib Berjemaah
Ucapan imam / ketua Kampung / Pengerusi JKKK
Ucapan Pengetua
Sessi Bertemu Pelanggan / Soal Jawab / Masalah / Cadangan
Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun

9.00 malam
Solat Isyak Berjemaah
Solat Hajat
Jamuan Ringan.

No comments:

Post a Comment