Saturday, August 29, 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52
PERINGKAT SMK GUNTONG














SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52 PERINGKAT SMK GUNTONG

SMK Guntong telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 peringkat SMK Guntong pada 30 Ogos 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong. Perasmian sambutan telah dilakukan oleh Tuan Pengetua yang mewakili YB Abdul Halim Bin Jusoh- ADUN Permaisuri.

Semua Guru, Staff Sokongan, Pelajar dan Pekerja Swasta bersama menjayakan sambutan ini. Tentatif sambutan :-

8.00 pagi
- Perhimpunan pelajar dan Guru
- Bacaan Doa
-Penyerahan Jalur Gemilang
- Nyanyian Lagu : Negaraku
: Selamat Sultan
: Lagu Sekolah
: Jalur Gemilang

- Ucapan Satu Malaysia oleh Ketua Pelajar - Sdra. Zainiman B. Zaromi
- Deklemasi Sajak oleh Cikgu Rahimah Bt. Wan Ahmad
- Perutusan Merdeka dan perasmian oleh Tuan Pengetua - Haji Romeli B. Ismail
- Acara memotong riben perasmian
- Acara melepaskan Burung Merpati
- Acara melepaskan 52 biji belon















Friday, August 28, 2009













Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Sambutan ini akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata cadangan untuk mengadakan acara kemuncak sambutan itu di lokasi tertutup sebagai menghormati kehadiran Ramadan.

Beliau berharap semua agensi kerajaan, pejabat swasta, premis perniagaan dan kediaman akan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang bulan Ogos. Rakyat Malaysia bukan tidak ada semangat patriotisme seperti rakyat Indonesia atau Thailand, tetapi mereka kurang berminat menggantung bendera. Setiap tahun kerajaan bersama agensi swasta terpaksa menggunakan pelbagai cara supaya rakyat melontarkan semangat patriotisme yang berkobar-kobar di dada dalam bentuk bendera.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???

Tanjong Manis, Sarawak.
AHAD, 09 Ogos 2009 / 18 Sha’ban 1430 H
http://ibnismail.wordpress.com/
email : ustaz_tgmanis@yahoo.com
Lirik lagu 1 Malaysia.

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

video

Saturday, August 22, 2009

KELAS TAMBAHAN PMR , SPM DAN PROGRAM CUTI TERANCANG

Permulaan Ramadan Al Mubarak tidak menghalang pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK Guntong mengikuti kelas tambahan semasa cuti pertengahan penggal ke 2-2009. Kelas tambahan ini bermula Sabtu(22/8/2009) sehingga Selasa (25/8/2009).

Program cuti terancang cuti disediakan kepada semua pelajar melalui guru-guru mereka.

Selamat Bercuti Pertengahan Penggal 2
Selamat Bepuasa...
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 52

Friday, August 21, 2009

Sambutan Hari Jadi Guru dan Staf & Jamuan Kesyukuran Kenaikan Gred DG44

SMK Guntong telah mengadakan Sambutan Hari Jadi Guru dan Staff pada 20 Ogos 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong. Sempena majlis ini Tuan Pengetua, Haji Romeli Bin Ismail telah mengurniakan Hadiah Istimewa Hari Jadi kepada semua guru dan staff yang telah menyambut hari jadi bermula Januari hingga Ogos 2009.

Sempena majlis ini juga, Jamuan Kesyukuran telah diadakan oleh En. Muhammad Bin Awang Teh dan Pn. Wan Norrisah Binti Wan Hamat yang telah mendapat kenaikan Gred DG44 tahun ini. Jamuan diadakan di Kantin SMK Guntong.

Terima kasih untuk Tuan Pengetua, En. Muhammad dan Pn. Wan Norrisah.
Semoga Bahagia Selalu.