Thursday, January 21, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H PERINGKAT SMK GUNTONG











SMK Guntong telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431h peringkat SMK Guntong pada 12 Januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Guntong. Sambutan maal hijrah dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Omar, Pegawai Khas Pej. Menteri Besar TRG. Sambutan juga dipenuhi dengan aktiviti melukis poster, kuiz agama, mengarang esei, dll. Acara membuat bubur asyura juga diadakan pada hari tersebut. sebanyak 6 kawah bubur asyura disediakan untuk jamuan guru, staf, pelajar dan ibu bapa yang turut hadir memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1431h Peringkat SMK Guntong

No comments:

Post a Comment