Thursday, October 22, 2009

TAHNIAH - TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Bilik PPDa SMK Guntong telah dianugerahkan tempat kedua di dalam Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Anugerah ini telah disampaikan sempena Hari Anugerah Kualiti PPDa Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan pada 19-21 Oktober 2009 di Hotel Tropical Inn, Johor.
Hadir untuk menerima anugerah ini ialah Tuan Pengetua, Tuan Haji Romeli Bin Ismail. Turut hadir GPK 1, En Ahmad Nordin Bin Bahari dan GPK Kokurikulum, En. Kamaruzaman Bin Hamat.
Tahniah kepada Unit PPDa SMK Guntong yang diterajui oleh GPK HEM, En Wee Beng Hai, Semua Guru, Staf, Pelajar, PIBG SMK Guntong, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan juga NGO yang telah memberikan komitmen yang padu sehingga membuahkan kejayaan ini.

Hari Anugerah Kualiti PPDa Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 19 - 21 Okt 2009Tempat : Hotel Tropical Inn , JohorMasa : 8.00 malam ( 20 Okt 2009 )'Masyarakat Madani Tanpa Dadah'

No comments:

Post a Comment