Wednesday, December 30, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Kelab Keluarga SMK Guntong telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 pada 29 Disember 2009, jam 8.00 malam bertempat di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Sempena dengan ini juga diadakan Majlis Meraikan Persaraan En. Wee Beng Hai (PK HEM) yang akan bersara mulai 1 Januari 2010.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YB. Abdul Halim Bin Jusoh- ADUN Permaisuri merangkap Yang DiPertua PIBG SMKG, Tim. Pengerusi PIBG, AJK PIBG, Pegawai PPD Setiu dan juga rakan media.




KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK SMK GUNTONG 2010

SMK Guntong telah mengadakan Kursus Perancangan Strategik 2010 pada 28-30 Disember 2009 bertempat di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu. Kursus ini disertai oleh semua guru dan staf pentadbiran SMK Guntong









Assalamualaikum and very good morning to our respected Principal Tn Hj. Romeli B. Ismail
Senior assistant of Administration, Mr. Ahmad Nordin B. Bahari
Senior Assistant of Students Affair, Mr. Kamaruzaman B. Hamat
Senior Assistant of Co-curricular, Mr. Wan Samsudin B. Wan Bakar
Head of Departments,

My beloved Teachers and students

I am here to talk about Education as a lifelong process.

Education in a person’s life starts at birth. It is often said that a person is born with a clean slate. As he or she begins to learn various things, this slate becomes coloured. A baby is first taught by his mother. He taught to eat, drink, speak and later to walk and run.


When a child starts schooling, his teacher takes over from his mother. He taught moral values such as respect, kindness and loyalty. He makes new friends who also teach him many things. He takes part in co-curricular activities that interest him. A child learns to choose what is good for him. He also learns to choose his friend. This is important time for children. As he grows older, he learns to choose subjects that interest him and help him to choose a career.


When a person starts working, he is exposed to people from different walks of life. He is more mature now. He learns from his experiences at work, as well as, from friends and colleagues.


When he has his own family, he learns to be a good role model for his children. He still learns to keep up with the current times. He has to learns what is good for his children and their future.


A person learns every step of the way. He receives education all the times, sometimes from other people and sometimes from experiences.

Akhirnya kita hayati sabda RasulullahSAW


Maksudnya, “Menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas setiap muslim”

Kewajipan menuntut ilmu diwajibkan ke atas setiap individu muslim tanpa mengira lelaki atau perempuan.

MENGAPA KITA MESTI BELAJAR?

Pelajar-pelajar yang di kasihi sekalian,

Tahukah anda? Ilmu itu tidak boleh diwarisi secara turun temurun. Ia hanya layak diwarisi oleh mereka yang baik dan memiliki sifat seperti bercakap benar, cerdik, amanah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. Orang yang berilmu dipanggil ‘alim, intelektual atau cendikiawan. Insan yang berilmu akan dapat mengguna dan mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sehariannya. Ini bererti insan tersebut akan dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar dalam sesuatu tindakan. Secara spontan mereka dapat memanfaatkan ilmu tersebut, walaupun dalam keadaan genting.

Bagaimanakah cara anda memperolehi ilmu pengetahuan? Terdapat beberapa cara untuk kita memperolehinya melalui proses pembelajaran, pembacaan, penulisan, pengkajian, pemerhatian, pendengaran dan pengalaman.

Sabda Rasulullah SAW:


(Riwayat Muslim)
Mafhumnya, “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”

Dalam Islam, kewajipan belajar merupakan proses pembelajaran yang berlangsung di sepanjang hayat seseorang individu. Proses ini bermula sejak insan itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewajipan menuntu ilmu diwajibkan ke atas setiap muslim tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:



Mafhumya, “Menuntut ilmu di wajibkan ke atas setiap muslim”

Kita sepatutnya bersyukur dan berbangga kerana dapat belajar di SMK Guntong Best. Berbagai usaha dan program telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Justeru itu, kita sebagai pelajar perlu merebut kesempatan dan peluang yang berharga ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Kesempatan ini hanya di beri sekali sahaja di sepanjang hayat kita di dunia ini.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian,

Sekiranya kita melepaskan peluang keemasan ini, nescaya diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara akan rugi. Kita akan menjadi jahil di dalam agama. Apabila jahil dalam agama, tentu kita tidak tahu melaksanakan tanggungjawab kita dengan Allah SWT. Kita tidak dapat menyelesaikan masalah diri dalam menghadapi situasi kehidupan seharain yang penuh mencabar. Akhirnya kita akan ketinggalan untuk mengejar kejayaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup yang berkekalan di akhirat.

Sekian untuk hari ini. Terima kasih.

Friday, December 25, 2009

"Guntong Best" PMR 2009


Pengetua SMK Guntong, Haji Romeli Bin Ismail berkata, kejayaan empat daripada 106 pelajar yang menduduki PMR memperolehi 8A adalah hasil kerja berpasukan yang diamalkan pengetua, guru, staf, ibu bapa dan pelajar itu sendiri.
.
"Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Guntong sememangnya aktif kerana ibu bapa pelajar sentiasa bersedia memberi bantuan yang diperlukan sekolah termasuk peruntukan kewangan bagi memastikan program dirancang untuk anak-anak mereka berjalan lancar," katanya.
.
.
.
.
.