Thursday, January 21, 2010
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 2 SMK GUNTONG
SMK Guntong telah mengadakan Kejohanan Olahraga SMK Guntong kali ke-2 pada 20 dan 21 Januari 2010 bertempat di Padang SMK Guntong. Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Setiu. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Abdul Halim bin Jusoh, ADUN Permaisuri.
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2009
SMK Guntong telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 pada 21 januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Guntong. Semua pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum tahun 2009 menerima penghargaan daripada YB. Abdul Halim Bin Jusoh, ADUN Permaisuri.
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431H PERINGKAT SMK GUNTONG










SMK Guntong telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431h peringkat SMK Guntong pada 12 Januari 2010 bertempat di Dewan Terbuka SMK Guntong. Sambutan maal hijrah dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Omar, Pegawai Khas Pej. Menteri Besar TRG. Sambutan juga dipenuhi dengan aktiviti melukis poster, kuiz agama, mengarang esei, dll. Acara membuat bubur asyura juga diadakan pada hari tersebut. sebanyak 6 kawah bubur asyura disediakan untuk jamuan guru, staf, pelajar dan ibu bapa yang turut hadir memeriahkan sambutan Maal Hijrah 1431h Peringkat SMK Guntong
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SMK GUNTONG
tarikh : 7 Januari 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Guntong & Kampung Berhampiran
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Guntong & Kampung Berhampiran
PERHIMPUNAN KHAS AWAL TAHUN SESI 2010
Tarikh : 3 Januari 2010
Masa : 7.30 pagi -8.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Guntong
Masa : 7.30 pagi -8.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Guntong
PENDAFTARAN PELAJAR SESI PERSEKOLAHAN 2010
Tarikh : 31 Disember 2009
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK Guntong
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK Guntong
Subscribe to:
Posts (Atom)