Saturday, September 27, 2014

Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014

Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong, Setiu, Terengganu, berbesar hati kerana terpilih sebagai salah sebuah sekolah pempamer pada Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014. Untuk makluman pertandingan ini telah disertai oleh 95 buah sekolah daripada 3 Kategori iaitu Bandar, Luar Bandar dan Dewan Makan.
Berikut adalah maklumat Majlis Anugerah yang akan diadakan, yang dipetik daripada laman web rasmi BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mengadakan Majlis  Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014. Butiran Majlis seperti dibawah:
Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pihak sekolah yang berjaya mengekalkan amalan keselamatan makanan dan tahap kebersihan bagi mengelakkan keracunan makanan di sekolah.
Senarai sekolah yang bertanding - klik di sini (format PDF)
Aturcara Majlis:
  • 8:15 - 9:30 pagi -
    • Pendaftaran / Minum Pagi
  • 9:30 - 9:50 pagi -
    • Ketibaan Dif-Dif Kehormat
  • 9:50 pagi           -
    • Ketibaan YB Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan (Timb. Menteri Pendidikan II)
  • 10:00 pagi         -
    • Ketibaan YB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam (Menteri Kesihatan Malaysia)
    • Nyanyian Lagu "Negaraku"
    • Bacaan Doa
    • Ucapan Aluan oleh YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)
    • Ucapan oleh YB Tuan P.Kamalanathan P.Panchanathan (Timb. Menteri Pendidikan II)
    • Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam (Menteri Kesihatan Malaysia)
    • Persembahan
    • Imbasan Sekolah yang Bertanding Peringkat Kebangsaan
    • Ulasan Ketua Juri Pertandingan
    • Penyampaian Sijil Perhargaan kepada Juri & Sijil Penyertaan Sekolah yang Bertanding
    • Penyampaian Anugerah Kepada Pemenang
  • 11:30 - 12:00 tgh -
    • Lawatan ke Pameran
    • Sidang Media / Jamuan
  • 11:45 - 1:00 ptg -
    • Sesi Bicara Bersama Pemenang

Bilik Makan Guru

Salah Satu Inovasi Kantin- Air Terjun Buatan
Akhir kata, Harapan Sekolah kami semoga terpilih sebagai salah satu Pemenang Kategori Luar Bandar. Insya Allah.
Guntong Best...