Thursday, October 22, 2009

TAHNIAH - TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN BILIK PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Bilik PPDa SMK Guntong telah dianugerahkan tempat kedua di dalam Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009. Anugerah ini telah disampaikan sempena Hari Anugerah Kualiti PPDa Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan pada 19-21 Oktober 2009 di Hotel Tropical Inn, Johor.
Hadir untuk menerima anugerah ini ialah Tuan Pengetua, Tuan Haji Romeli Bin Ismail. Turut hadir GPK 1, En Ahmad Nordin Bin Bahari dan GPK Kokurikulum, En. Kamaruzaman Bin Hamat.
Tahniah kepada Unit PPDa SMK Guntong yang diterajui oleh GPK HEM, En Wee Beng Hai, Semua Guru, Staf, Pelajar, PIBG SMK Guntong, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan juga NGO yang telah memberikan komitmen yang padu sehingga membuahkan kejayaan ini.

Hari Anugerah Kualiti PPDa Peringkat Kebangsaan 2009
Tarikh : 19 - 21 Okt 2009Tempat : Hotel Tropical Inn , JohorMasa : 8.00 malam ( 20 Okt 2009 )'Masyarakat Madani Tanpa Dadah'

PROGRAM SELEPAS PMR 2009

Tarikh : 19 Oktober 2009
Aktiviti : Lawatan Ke Projek Agrikultur Ternakan Udang Harimau
Lokasi : Kg. Fikri Setiu




Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2009
.
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN
KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEKUATAN KEPADA SEMUA
CALON PMR SMK GUNTONG 2009
.
YA ALLAH, JADIKANLAH MEREKA DAN KAMI DARIPADA GOLONGAN YANG MENDAPAT KECMERLANGAN DI DALAM
PEPERIKSAAN PMR 2009
.
DARIPADA
PENGETUA
GURU-GURU
STAF
PELAJAR
IBU BAPA

MAJLIS SOLAT HAJAT "GUNTONG BEST" PMR 2009

Turut hadir GPK Kokurikulum SMK Putera Jaya, En. Muhamad Bin Awang Teh

Menu utama "Gulai Kambing Guntong Best"









Aktiviti melapah kambing untuk jamuan makan tengahari
SMK Guntong telah mengadakan Majlis Solat Hajat sempena PMR 2009 pada 6 Oktober 2009 bertempat di Surau SMK Guntong. Majlis ini disertai oleh semua calon PMR, Guru, Staf dan Ibu Bapa Pelajar PMR 2009.
Semua hadirin diraikan dengan hidangan khas gulai kambing yang dimasak sendiri oleh guru-guru, staf dan pelajar SMK Guntong.













.

MAJLIS RESTU ILMU CALON PMR 2009

Majlis Restu Ilmu Calon PMR 2009
Tarikh : 05 Oktober 2009
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SMK Guntong



PENGGAMBARAN UNTUK MAJALAH "GUNTONG BEST"

SMK Guntong telah mengadakan Sesi Penggambaran untuk Majalah Guntong Best 2009




MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN EN. MOHD FADHLI B. YUSOF

SMK Guntong telah mengadakan Majlis Meraikan Pertukaran En. Mohd Fadhli Bin Yusof ke SMK Putera Jaya pada 4 Oktober 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Ruang Legar Pejabat SMK Guntong.

Penyerahan Fail Serah Tugas

Cenderahati dari SMK Guntong

Cenderahati untuk SMK Guntong

Terima Kasih dan Kemaafan
Semoga terus "Guntong Best"