Tuesday, September 29, 2009

Kem "Sejuta Harapan 1 Impian" PMR 2009

Seramai 50 orang pelajar PMR SMK Guntong telah menjalani Kem "Sejuta Harapan 1 Impian" PMR 2009 yang diadakan pada 27 September 2009 hingga 1 Oktober 2009 bertempat di SMK Guntong.

Sepanjang tempoh tersebut, pelajar yang terlibat akan berada di "asrama" SMK Guntong untuk mengikut berbagai program kecemerlangan PMR. Antara aktiviti yang diadakan ialah Seminar Peperiksaan oleh Guru-Guru Pakar setiap subjek. Mereka juga akan menjalani 'prep hour" dengan bimbingan guru yang bersama mereka.




Tuan Pengetua, Haji Romeli turut sama menyediakan makanan untuk peserta kem













Sunday, September 27, 2009

SAMBUTAN IDILFITRI 1430H SMK GUNTONG











MAJLIS SAMBUTAN IDILFITRI 1430H SMK GUNTONG

SMK Guntong telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 1430H pada 28 September 2009 bertempat di Dataran SMK Guntong. Majlis ini dimeriakan lagi dengan kehadiran Naib Pengerusi PIBG SMK Guntong, Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Ketua-ketua Jabatan dan juga ibu bapa.












Wednesday, September 23, 2009

PROGRAM ZIARAH IDILFITRI 1430H SMK GUNTONG
Ziarah Idilfitri ke rumah guru
Nama Guru : Ust. Mohd Fadhli B. Yusof & Ustz. Wan Norrisah
Lokasi : Belakang Masjid Permaisuri, Setiu





PROGRAM ZIARAH IDILFITRI 1430H SMK GUNTONG
Ziarah Idilfitri ke rumah pemimpin
Pemimpin : YB. Datuk Haji Mohd Jidin B. Shafee - MP Setiu
Lokasi : Kg. Banggol, Setiu, Terengganu
Tarikh : 24 September 2009

GPK HEM SMK Guntong, En. Wee Beng Hai turut memeriahkan idilfitri











PROGRAM ZIARAH IDILFITRI 1430H SMK GUNTONG

Ziarah Idilfitri ke rumah keluarga pelajar
Pelajar : Mohd Zainiman Bin Zaromi
Lokasi : Kg. Ulu Kekabu






































PROGRAM ZIARAH IDILFITRI 1430H

Tuesday, September 15, 2009

SESUCI LEBARAN - DATUK SITI NURHALIZA

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI 1430H.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA

PENGETUA, GURU, STAF DAN PELAJAR

SMK GUNTONG

MAJLIS PRA IDILFITRI SMK GUNTONG SYAWAL 1430H

SMK Guntong telah mengadakan Majlis Pra Idilfitri 1430H pada 17 September 2009 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Guntong. Perasmian telah dilakukan oleh YB. Abdul Halim Bin Jusoh, ADUN Permaisuri yang juga Yang DiPertua PIBG SMK Guntong.
.
Tentatif Program
.
7.30 pagi
- Bacaan Yaasiin
- Tafsir Al Quran
.
8.30 pagi
- Majlis Pra Idilfitri
- Tazkirah Idilfitri oleh Ustaz Mohd Zaki
- Ucapan Ketua Pelajar
- Ucapan Pengerusi Kelab Keluarga SMK Guntong
- Ucapan GPK Kokurikulum
- Ucapan GPK HEM
- Ucapan GPK Pentadbiran
- Ucapan Pengetua SMK Guntong
- Ucapan perasmian oleh YB Abdul Halim Bin Jusoh
- Penyampaian Duit Raya
.
Sempena majlis ini YB. Abdul Halim Bin Jusoh dan Tuan Pengetua telah menyampaikan duit raya sebanyak RM50.00 seorang kepada 35 orang pelajar anak yatim dan keluarga miskin. Sempena majlis ini juga semua pelajar yang lain menerima RM5.00 setiap orang.
.
Terima kasih.


Saturday, September 12, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADAN 1430H SMK Guntong










MAJLIS BERBUKA PUASA SMK GUNTONG RAMADAN 1430H

SMK Guntong telah mengadakan Program Berbuka Puasa Ramadan 1430H pada 16 September 2009 bertempat di Cafeteria SMK Guntong. Program ini disertai oleh semua guru, staff, AJK PIBG, Ketua-Ketua jabatan, Ketua Masyarakat dan pelajar SMK Guntong. Turut memeriahkan majlis ialah YB Abdul Halim Bin Jusoh - ADUN Permaisuri.

Tentatif Program

5.45 petang
- kehadiran guru, staf, pelajar dan tetamu jemputan

6.00 petang
- Tazkiran Ramadan oleh Ustaz Ayob dari Pejabat Agama Daerah Setiu
- Tahlil ringkas

7.12 malam
-Berbuka puasa
-Solat Maghrib
-Bersurai